SUNGAI PETANI: Baru selesai pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Lembah Bujang, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah treler di simpang empat lampu isyarat berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, pada petang Selasa.
Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, mangsa Zikri Zafuan, 20, yang juga petugas barisan hadapan mengurus jenazah COVID-19 sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saudaranya di Jalan Kuala Ketil.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah lalu merempuh bahagian hadapan kanan motorsikal yang ditunggang mangsa dari laluan simpang kiri sewaktu lampu isyarat hijau.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu treler pula tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang berasal dari Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, polis telah maklumkan kejadian kepada waris mangsa di termasuk kepada pegawai APM Kuala Muda.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Aug 25 2021
Zikri Zafuan, 20, yang juga petugas barisan hadapan mengurus jenazah COVID-19 sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saudaranya di Jalan Kuala Ketil semasa terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan PDRM
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Rumah anggota APM roboh dirempuh kepala air
Lebih memilukan apabila kejadian itu berlaku ketika anggota tersebut sedang bertugas membantu mangsa banjir di kampung lain.
Siasatan anggota APM maut dipatuk ular selesai dua minggu lagi
Laporan siasatan kes kematian anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mohd Idris Abdul Samad, 34, akibat dipatuk ular tedung, dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.
Banjir: 180 pegawai, anggota APM dari sembilan negeri digerakkan ke Johor
Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Banjir: Anggota APM teruskan tugas walau rumah sendiri ditenggelami air
Walaupun mengetahui rumah sendiri dinaiki air setinggi paras dada namun seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap meneruskan tugasnya membantu mangsa banjir.
Anggota APM maut dalam kemalangan selepas sempurnakan jenazah pesakit COVID-19
Kemalangan berlaku apabila sebuah treler tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah lalu merempuh bahagian hadapan kanan motorsikal mangsa.
Lepaskan kepala anjing tersangkut tin, anggota APM dapat 'tabik'
Gambar dua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Jasin, menyelamatkan seekor anjing liar yang tersangkut kepalanya pada tin biskut mendapat perhatian netizen.